Sistem Bersepadu Penternakan Kambing

MISI

"Berteraskan misi menghasilkan sistem penternakan yang bersepadu dan mandiri (integrated and independent) serta berwawasan lingkungan"


Dengan berdasarkan misi diatas, sistem penternakan ini diuruskan dengan empat kitaran fasa iaitu Infrastruktur, Pengurusan Makanan, Ternakan(Pendataan dan Kesihatan) dan Bokasi(Pengurusan Kumbahan).

Kesemua empat fasa tersebut adalah saling berkait antara satu sama lain lalu membentuk satu sistem penternakan bersepadu.

Dengan sistem penternakan yang teratur ini, hasil ladang tidak hanya tertumpu pada daging dan jualan ternakan sahaja malahan merangkumi hasil lain seperti buah-buahan, kulit kambing, baja serta bunga-bungaan.

Pengurusan sistem penternakan yang baik akan mampu melahirkan Sumber Daya Manusia yang berilmu pengetahuan luas, berketerampilan tinggi, perkasa dari sudut rohaniah dan jasmaniah serta cintakan pertanian.

Justeru, sistem ini mampu mensejahterakan dan memberi manfaat kepada alam secara amnya dan kepada manusia secara khususnya.


Infrastruktur

Fasa Pertama - Penyediaan fasiliti asas bagi ternakan dan juga sumber daya manusia.

Infrastruktur merupakan fasa yang pertama didalam menjalankan sistem bersepadu penternakan kambing ini. Struktur asas seperti kandang kambing, ruang pejabat pentadbiran, sistem pengairan, ruang penyediaan makanan, pondok pengawasan keselamatan serta rumah pekerja disediakan dengan lengkap.

Penyelenggaraan sentiasa dijalankan keatas infrastruktur secara berkala bagi memastikan semuanya dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Penyediaan Makanan

Fasa Kedua - Penyediaan Makanan bagi ternakan dalam bentuk rangsum ataupun konsestrat.

Fasa Makanan merupakan fasa dimana makanan untuk ternakan disediakan dan diselenggarakan. Penyediaan makanan dibuat di pusat makanan yang terletak bersebelahan dengan Kandang 'Presint Sungai Tekala'.

Makanan yang disediakan termasuklah dari jenis rangsum, silaj dan juga konsentrat. Terdapat kawasan ladang yang ditanam dengan Rumput Napier samada untuk diproses menjadi makanan ternakan dan juga untuk padang ragut ternakan.

Ternakan

Fasa Ketiga - Penyimpanan rekod termasuk data ternakan dan juga data kesihatan.

Data Ternakan direkodkan bagi memudahkan urusan pentadbiran dan kesihatan.Pemantauan kesihatan dibuat berdasarkan data ternakan yang sentiasa dikemaskini.

Pengurusan ternakan daripada segi kesihatan adalah sangat penting bagi menjamin kualiti produk hasil ternakan. Ubat ubatan yang diperlukan oleh ternakan sentiasa disimpan didalam ladang.

Pekerja ladang dilatih untuk memeriksa dan memastikan kesihatan ternakan dalam keadaan yang terbaik. Sekiranya terdapat permasalahan, ternakan akan segera diubati dan jika perlu, ternakan akan dikuarantinkan.






Bokasi

Fasa Keempat - Pengurusan kumbahan ternakan supaya dapat dimanfaatkan secara menyeluruh.

Bokasi adalah proses pemulihan bahan kumbahan ternakan sehingga dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai baja kompos yang akan digunakan didalam sektor pertanian.

Dengan menjalankan fasa bokasi ini, seluruh kitaran ternakan akan dapat dimanfaatkan dan tidak dibazirkan. Proses ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan malahan dapat juga memelihara alam sekitar.

Proses bokasi ini dijalankan sehingga kepada peringkat pembungkusan untuk penjualan.

Sumber Jaringan Ekonomi

Sumber Daya Manusia
Pembangunan Sumber Daya Manusia dititikberatkan dengan memberi pendidikan tentang ilmu penternakan secara berterusan.

Sumber Daya Manusia adalah penggerak keseluruhan sistem penternakan bersepadu ini. Oleh yang demikian, pembangunannya sentiasa dititikberatkan terutamanya dalam bidang pendidikan.

Pembangunan Sumber Daya Manusia diperlukan supaya perlaksanaan sistem penternakan bersepadu ini dapat dijalankan dengan efektif bagi menghasilkan ternakan yang berkualiti.


Produk Jaringan
Produk Jaringan merupakan hasil sampingan yang terhasil daripada sistem bersepadu penternakan kambing.

Antara produk jaringan yang dihasilkan adalah seperti tanaman pisang, nanas, ternakan ayam, Pengawetan kulit kambing dan Pengawetan tulang kambing.

Sebut Harga Produk

Berikut adalah tawaran produk kami.

1) Baka Boer Australia
Jenis Tawaran : Pejantan/Baka

2) Boer kacukan
Jenis Tawaran : Pejantan/Baka, Induk/Betina, anak 2-4bln, anak 5-9bln

3) Baka Jamnapari
Jenis Tawaran : Pejantan (Baka)

4) Baka Jamnapari kacukan
Jenis Tawaran : Pejantan/Baka, Induk/Betina, anak 2-4bln, anak 5-9bln

5) Baja Organik Asli (Proses)
Tawaran Produk : Pakej 40kg sebanyak 5 tan
Jenis : Bokasi Kasar & Halus
Kami juga menwarakan bokasi yang belum diproses (tinja mentah)
Catatan : Harga tidak termasuk penghantaran.

6) Pakej Lawatan sambil Belajar
Pakej ini menawarkan peserta mengalami/mengetahui tentang penghidupan diladang secara langsung. Program berlangsung selama 1 hari khusus untuk pelajar sekolah dan kumpulan yang tidak kurang seramai 20 orang.


Pakej Sistem Pawahan

1)Pakej A
Tawaran Produk : 1 Baka, 2 Induk
Jenis : Boer kacukan
Kos makanan : RM1.50/kepala/hari

2)Pakej B
Tawaran Produk : 1 Baka, 4 Induk
Jenis : Boer kacukan
Kos makanan : RM1.50/kepala/hari

3)Pakej C
Tawaran Produk : 2 Baka, 10 Induk
Jenis : Boer kacukan
Kos makanan : RM1.50/kepala/hari

Hubungi Kami

Sahmura Akil Farm

Diuruskan Oleh :

Sahmura Akil Industries Sdn. Bhd. (313675-A)
42A, Tingkat 4, Wisma Rampai
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel:
+603-41481776

Fax:
+603-41490776


Mobile:
+6019-3331459 (En. Uzair)

Email :
saisb@sahmura.org

(Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan)