Sistem Bersepadu Penternakan Kambing

MISI

"Berteraskan misi menghasilkan sistem penternakan yang bersepadu dan mandiri (integrated and independent) serta berwawasan lingkungan"


Dengan berdasarkan misi diatas, sistem penternakan ini diuruskan dengan empat kitaran fasa iaitu Infrastruktur, Pengurusan Makanan, Ternakan(Pendataan dan Kesihatan) dan Bokasi(Pengurusan Kumbahan).

Kesemua empat fasa tersebut adalah saling berkait antara satu sama lain lalu membentuk satu sistem penternakan bersepadu.

Dengan sistem penternakan yang teratur ini, hasil ladang tidak hanya tertumpu pada daging dan jualan ternakan sahaja malahan merangkumi hasil lain seperti buah-buahan, kulit kambing, baja serta bunga-bungaan.

Pengurusan sistem penternakan yang baik akan mampu melahirkan Sumber Daya Manusia yang berilmu pengetahuan luas, berketerampilan tinggi, perkasa dari sudut rohaniah dan jasmaniah serta cintakan pertanian.

Justeru, sistem ini mampu mensejahterakan dan memberi manfaat kepada alam secara amnya dan kepada manusia secara khususnya.


No comments:

Post a Comment